-------------------------------------
Pas hari ini terus diberi lesen oleh 'seseorang' yang berada dalam UMNO bagi membuat serangan yang cukup hebat kepada Dato' Seri Najib. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang Pas melalui Setiausaha Agungnya Mustaffa Ali tidak menunggu lama terus membidik peluru yang diberi kepadanya terus ke arah DS najib
Apakah benar ada gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak?
Yang pastinya Pas ada menyebut persatuan yang dianggotai bekas wakil rakyat Umno, PENAWAR sudah memulakan langkah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Ini berikutan Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelembapan ekonomi dan kurang minat pelabur untuk datang melabur ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.
Datuk Aziz Shamsuddin juga disebut menngetuai PENAWAR bagi gerakan menjatuhkan DS Najib.
Datuk Aziz Shamsuddin juga disebut menngetuai PENAWAR bagi gerakan menjatuhkan DS Najib.
Sungai Rapat Online
KOMEN SIKIT ....
Mengikut desas desus wartawan, Aziz Shamsuddin pergi berjumpa Dato Seri Najib untuk menuntut pengundurannya. Apa punya lojiklah bila Najib baru keluar hospital semalam dari pembedahan lutut?
Sentuhan ini sama stail dengan pakar-pakar "baling batu sorok tangan" yang merupakan tangan dibelakang fitnah pembunuhan Altantunya oleh Rosmah dan Najib. Tujuan untuk menanam ide Najib akan dan boleh dijatuhkan.
Dua pihak yang nak Najib turun.
Satu puak pembangkang. Kempen FB pun mereka telah jalankan selepas Bersih. Sayangnya tidak dapat bandingkan dengan kekekuatan FB pro Najib yang jutaan ramai.
Kedua adalah puak yang niat sama dengan pembangkang tapi tujuan lain2. Satu bertujuan nak balas dendam sebab dijatuhkan kerana gagal dalam tugas dan lalai serta tidor.
Ada pula tujuan nak balas dendam yang sangat lama dan kini nak pakai tongkat bersama saing-saing ke Putrajaya. Ide ketinggalan zaman. Takut tidor dalam majlis. Naiklah puak kecek-kecek.
Aziz Shamsuddin diguna kononnya Tun Dr Mahathir dilihat suruh Najib turun. Padahal Tun tiada pun mahu lakukan demikian tapi mahu kesatuan Melayu.
Tapi Pak Aziz boleh dikatakan orang Pak Lah pula dengan mengambilkira dirinya yang sebahagian kabinet Pak Lah dan seorang "sahabat". Apakah tukang dalang nak katakan grup dema ada Pak Lah bersama?
Chegu Pa hanya boleh keluarkan kenyatan demikian jika diajar oleh orang "UMNO." Memandangkan cerita yang direka kurang real, dia mungkin hadapi hilang akal atau gila semalam.
Batallah puasa dia semalam.
Sebelum nak reka cerita baru, dema ni kena jawab dulu persoalan dan usah panggil orang sampah. Dah tua takde adab. Hari 8hb pun baik untuk puak yang dok diam jawab.